You are here: Home > skru live > Live dr Masjid Besi @ Masjid Mizan, Putrajaya

Live dr Masjid Besi @ Masjid Mizan, Putrajaya

Lps balik dr urusan di KWSP, Skru terus gie ofis Put3. Mmmm… since awal lg, Skru pong ambik keputusan utk gie masjid besi nie. Mmmm… ini aderlah kali ke-2 Skru mai sini. Kali pertama cuma sempat solat jumaat jer. X sempat utk yinjau2 kwsn masjid nie. tgk2 ader lak Free WIFI kat masjid nie. Mmmm… bagus gak. Skru pong ter”online” mll HP Nokia nie. Ahakszzz…
Update Info 24/06/2010 (01.30 ptg):
Masjid ini telah diberi nama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ataupun lebih dikenali sbg “Masjid Besi” telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 11 Jun 2010. Masjid ini terletak di Presint 3, Putrajaya.
Masjid itu yang sebelum ini dikenali sebagai ‘masjid besi’ kerana keunikan reka bentuknya yang kontemporari serta pembinaan menggunakan 6,000 tan keluli iaitu 70 peratus daripada keseluruhan struktur bangunan berbanding selebihnya konkrit. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang mengambil sempena nama Seri Paduka itu mula digunakan oleh para jemaah sejak bulan Ramadan, September tahun lalu.
Pembinan “Masjid Besi” – Sumber Wikipedia

Masjid yang bernilai RM200 juta itu mula dibina pada 2004 dan setelah siap sepenuhnya, ia diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) pada Ogos tahun lalu.  Ia mampu menampung sehingga 20,000 jemaah pada satu-satu masa selain dilengkapi pelbagai kemudahan bagi kegiatan dakwah, keagamaan dan kemasyarakatan serta mampu menjadi satu lagi produk pelancongan bertaraf antarabangsa.

Maklumat lanjut mengenai:

1) Perasmian Masjid oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (Disini)

2) WikiMapia (Disini)

3) Wikipedia (Disini)

Post Yang Juga Berkaitan...

Tags: , , , , , , , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Leave a Reply