You are here: Home > skru live > Mr Aqil di Karnival Jom Heboh & Hari Belia Putrajaya.

Mr Aqil di Karnival Jom Heboh & Hari Belia Putrajaya.

Hari nie bawak Mr Aqil & Put3 ku gie Karnival Jom Heboh & Hari Belia Negara di Putrajaya, Presint 2. Mungkin sbb hari pertama lg, so orng x ramai sgt la kot. Memandangakan kali nie karnival nie merupakan karnival yg terbesar di aderkan di Putrajaya. Sepanjang jalan dan tapak pasar tani Presint 2 penuh ngan gerai & tapak konset. Ader bas train kat sini utk membawa penumpang dari satu tempat ke tempat karnival nie.
So, kami parking kat ofis Put3 & jalan dr situ. Mr Aqil enjoy sgt. pastu sblm balik dia mintak pistol buih2 tu. Ok la… Abah belikan yer… Dia ralit sgt main pistol buih tu. X sangka2 ramai lak orng yg berminat nak ambik gambar dia main pistol buih tu. Hehehe… femous anak abah nie yer…
Update Nota Info: (6:45 ptg)
Karnival Hari Belia diadakan dr 14-16 May 2010 dengan tema ‘Belia Kreatif dan Inovatif Pemacu Ekonomi Negara’. “BELIA” tafsiran dalam Akta 668 iaitu Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007 yang telah diwartakan: “belia” ertinya seseorang yang berumur tidak kurang daripada lima belas (15) tahun dan tidak lebih daripada empat puluh (40) tahun.
“Orang ramai tidak perlu risau kerana tidak kurang daripada 30 buah bas ulang-alik disediakan untuk membawa orang ramai dari lokasi parkir awam ke pusat transit di tapak acara,” katanya.

Sementara itu sebanyak 16 buah trem disediakan di pusat transit secara percuma untuk kemudahan pengunjung bergerak di sekitar tapak acara.

Untuk kemudahan orang ramai, seramai 300 orang sukarelawan bermotosikal dijangka terbabit mengangkut orang ramai ke lokasi karnival di dalam Core Island.

Bagi pengunjung berkenderaan yang melalui Presint 1 boleh meletakkan kenderaan di tiga lokasi parkir awam di Park ‘n’ Ride berhampiran pusat membeli-belah Alamanda yang boleh menampung 1,500 buah kereta dan 300 petak parkir di belakang Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri.
Orang Ramai dibenarkan meletak kenderaan di sepanjang tepi jalan Oval Route, Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang boleh menampung 2,000 kenderaan.

Menurut kementerian itu, di Presint 7 pengunjung boleh meletakkan kenderaan di parkir awam ERL dan Park ‘n’ Ride Putrajaya Sentral yang menyediakan 2,500 petak dan 2,000 ruang parkir di tapak cadangan Pusat Kanser bersebelahan Hospital Putrajaya.

Manakala di Presint 18 pula pihak penganjur menyediakan tiga tapak parkir yang boleh menampung 1,600 buah kenderaan dan 2,000 ruang di sepanjang jalan yang dibenarkan di kawasan tersebut.

Sementara itu, orang ramai yang datang dari laluan lebuh raya MEX, LDP dan PLUS (Exit Putrajaya), Cyberjaya dan Dengkil dinasihatkan meletakkan kenderaan di kawasan meletak kenderaan khas di Presint 20 atau Presint 7.

Tapak parkir di Presint 20 boleh menampung 18,000 buah kenderaan dan ia berhampiran dengan tapak acara Presint 5 dan 6.

Post Yang Juga Berkaitan...

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Leave a Reply